Jumaat, 17 Julai 2009

Jangan Tertipu, ketahui tips mengenal mutiara Asli

Soalan yang baik saya kira..
Terdapat beberapa cara yang boleh diguna pakai sewaktu mahu membeli mutiara.. ni ada beberapa tips yang saya perolehi hasil perkongsian ilmu dengan 'dealer' saya, dia ni dah lebih 20 tahun bergelumang dengan mutiara-mutiara nih.. Jom tengok..dah tau, lain kali sebelum beli test dulu, asli atau tak..okey..

Kaedah Satu :

'try' lambungkan mutiara tu kat atas tapak tangan. Mutiara yang baik akan dapat dirasa sedikit beban beratnya. Namun demikian terdapat juga dimana kes ada mutiara palsu yang berat, untuk mengetahui asli atau tidak, cuba kopek bahagian luar mutiara tersebut dengan kuku, Mutiara asli tidak terkopek apa-apa,tapi , mutiara Palsu akan terkopek pada bahagian kulitnya..

Kaedah Gunapakai Dua :

Tak Puas hati juga? okey, try kaedah yang kedua ni, cuba gigit mutiara tadi. (ni ekstrim sikit caranya) hehe. Mutiara Asli anda dapat rasa sedikit ngilu [kesat] pada gigi. Macam ada surface agak kasar-kasar pada mutiara [Terasa seolah permukaannya berpasir ], walaupun pada zahirnya kelihatan permukaan mutiara asli tadi adalah sangat licin dan sempurna.
Mutiara palsu pula bila digigit, akan terasa licin, dan berbeza dengan mutiara asli tadi.

Kaedah ketiga :

Bagaimanapun kaedah paling popular ialah dengan membakar mutiara tersebut. Jika melecet kesan dari pembakaran tersebut maka sah ia bukan mutiara asli. Pembakaran tidak akan mendatangkan sebarang kesan terhadap mutiara.

~Selamat Mencuba, dan Pastikan yang 'ORIGINAL' yea ~

Antara Mutiara Air Tawar, Air Masin, dan mutiara Kristal Swarvoski

Salam, dan bertemu lagi, hari ni nak kongsi tentang ketiga-tiga jenis mutiara macam yang disebut di atas..

Lazimnya kita sudah kenali mutiara air tawar (Freshwater pearl) dan mutiara air masin (Saltwater Pearl). Walaupun tidak terdapat perbezaan yang ketara di antara keduanya, namun pasaran terutamanya di Sabah ini memperlihatkan mutiara air masin mempunyai kredibiliti nilainya tersendiri.

Mutiara biji air masin boleh mencecah hampir atau melebihi ratusan ringgit Bagi sebiji.
Begitu juga rantai mutiara pada 18 inci pun boleh mencecah ribuan ringgit. Ia jauh berbeza dengan mutiara air tawar walaupun tiada perbezaan yang ketara di antara keduanya.
Faktor ini sebenarnya dipengaruhi oleh permintaan dan penawaran. Mutiara air masin payah diperolehi sedangkan sedangkan mutiara air tawar amat banyak dihasilkan menyebabkan ia banyak terdapat di pasaran. Ini yang menyebabkan mutiara air masin ini tinggi nilainya berbanding air tawar.

Satu lagi pula jenis mutiara buatan yang terdapat di pasaran ialah mutiara
swarovski. Mutiara swaroski sama adalah dihasilkan seperti kristal swarovski dari pengeluar yang sama. Konsepnya adalah kristal swarovski yang kemudiannya disaluti dengan mutiara secara sentetik. Pelbagai warna yang dihasilkan oleh mutiara ini adalah dipengaruhi oleh warna kristal yang terdapat di dalamnya.
FAKTA TENTANG MUTIARA :

Tiram merupakan, hidupan laut yang rupanya buruk merupakan anugerah Tuhan yang begitu berharga kerana di dalamnya terhasil mutiara yang menjadi buruan manusia. Kewujudan mutiara telah diketahui manusia sejak ribuan tahun Sebelum Masihi di India, China dan Parsi.
Mutiara yang terhasil secara semula jadi sukar ditemui kerana hanya satu daripada ribuan tiram di laut akan berkembang menjadi mutiara. Mutiara ini pula jarang memenuhi saiz, bentuk atau warna yang sama.

Sejak beberapa tahun lalu, pemakaian mutiara sebagai perhiasan mewah semakin popular di Malaysia. Harga mutiara asli (dasar laut) yang mahal memberi peluang kepada manusia bagi mencari satu kaedah agar semua orang boleh memakai mutiara, dalam masa yang agak singkat, dan dengan harga yang jauh lebih berpatutan. Justeru itu, terdapat beberapa syarikat yang telah mengambil inisiatif untuk menternak tiram (untuk penghasilan mutiara ) Mutiara daripada tiram yang diternak disebut sebagai mutiara air tawar (fresh water pearls) bagi tujuan komersial.

LAGI FAKTA : Bagaimana Mutiara Terhasil?

Proses Memasukkan Nukleus
[ Mutiara yang di ternak ]:
Sebelum nukleus boleh dimasukkan, induk tiram terlebih dahulu disuntik bagi menggalakkan pengeluaran telur. Kemudian bahagian lapisan “mantle lobe” (dikenali juga sebagai “piece” daripada moluska lain dipotong dan disediakan untuk dilekatkan pada lapisan kulit. Satu belahan perlu dibuat pada bahagian tisu lembut tiram menggunakan alat yang tajam (Contoh: Pisau pembedahan - “scalpel”). Kemudian “piece” tadi akan dimasukkan kedalam belahan ini bersama-sama nukleus.”Peice” akan membesar menjadi “pearl-sac” mengelilingi nukleus, membentuk satu lapisan nipis “nacreous”. Daripada permukaan “Pearl-Sac” bahan “nacreous” akan keluar dan seterusnya membentuk tiga hingga empat lapisan sehari dan proses ini akan menjadi lengkap dalam masa satu hingga dua tahun.

Untuk Mutiara yang terhasil secara Asli [ dasar Laut ] :
Hanya bendasing contoh : Butiran pasir , parasit, dsb, yang terperangkap di dalam bahagian tisu lembut tiram sahaja yang akan mewujudkan mutiara di dalam tiram. Kemudian “bendasing” akan membesar menjadi “pearl-sac” mengelilingi nukleus, membentuk satu lapisan nipis “nacreous”. Daripada permukaan “Pearl-Sac” bahan “nacreous” akan keluar dan seterusnya membentuk tiga hingga empat lapisan sehari dan proses ini akan menjadi lengkap dalam masa satu hingga dua tahun. Namun begitu, kebarangkalian agar tiram di masuki benda asing adalah sangat sedikit, justeru ini melonjakkan harga mutiara dari dasar laut berbanding mutiara yang di ternak [ kultur ].

Info Tambahan :
Terdapat satu lagi jenis mutiara, iaitu mutiara faux yang merupakan mutiara tiruan yang dibuat oleh manusia. Mutiara faux kebiasaannya disaluti dengan lapisan warna yang seakan-akan sama dengan mutiara asli. Selain itu, terdapat juga mutiara faux dalam warna-warna yang lebih menarik seperti merah tua, emas, biru, merah jambu dan ungu.
Lapisan warna ini tidak tahan lama dan mudah terkopek. Ini menjadikan harga mutiara faux murah.

Artikel Tentang Mutiara

Pada zaman dahulu sebelum manusia menerokai alam semulajadi, laut dipenuhi

dengan pelbagai hidupan dan permata yang amat bernilai iaitu mutiara. Mutiara telah mula digunakan sebagai barang perhiasan dan juga dalam ilmu perubatan pada awal zaman Greek, Asia dan Kepulauan Pasifik. Selama kira-kira 5,000 tahun kita telah menikmati kemewahan daripada permata ini tetapi sejak satu abad yang lampau, mutiara telah dihasilkan melalui cara ternakan. Walaupun beberapa buah negara telah dikenali sebagai salah sebuah negara yang pakar dalam bidang ini.


Di Malaysia, sebuah syarikat secara usahasama dengan Pelabur Jepun yang

dinamakan Syarikat Kaya Pearls Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada tahun 1963 untuk tujuan pemeliharaan permata ini di Pulau Bohey Dulang kira-kira 18km dari Pekan Semporna, Sabah. Projek tersebut mempunyai keluasan kira-kira 11.5 hektar.Spesis Tiram Yang DiternakPada masa ini, syarikat Kaya Pearls Sdn. Bhd. sedang menternak tiram dari jenis “Silver lip” (Pinctada_maxima) untuk pengkulturan mutiara. Adalah didapati spesis ini boleh mengeluarkan mutiara yang berkualiti baik. Proses Memasukkan Nukleus Sebelum nukleus boleh dimasukkan, induk tiram terlebih dahulu disuntik bagi menggalakkan pengeluaran telur.

Kemudian bahagian lapisan “mantle lobe” (dikenali juga sebagai “piece” daripda moluska lain dipotong dan disediakan untuk dilekatkan pada lapisan kulit. Satu belahan perlu dibuat pada bahagian tisu lembut tiram menggunakan alat yang tajam (Contoh: Pisau pembedahan – “scalpel”). Kemudian “piece” tadi akan dimasukkan kedalam belahan ini bersama-sama nukleus.”Peice” akan membesar menjadi “pearl-sac” mengelilingi nukleus, membentuk satu lapisan nipis “nacreous”. Daripada permukaan “Pearl-Sac” bahan “nacreous” akan keluar dan seterusnya membentuk tiga hingga empat lapisan sehari dan proses ini akan menjadi lengkap dalam masa satu hingga dua tahun. Kaedah Ternakan Syarikat Kaya Pearls Sdn. Bhd.

di Semporna, Sabah menggunakan kaedah rakit-rakit terapung dan sangkar untuk pengkulturan tiram mutiara di laut berdekatan dengan Pulau Bohey Dulang, Semporna.


Jenis Mutiara Yang Dikultur


Terdapat dua jenis mutiara yang sedang dikultur oleh Syarikat Kaya Pearls Sdn. Bhd. iaitu mutiara berbentuk bulat dan mutiara berbentuk separuh bulat. Pemeliharaan mutiara berbentuk bulat memerlukan masa kira-kira dua tahun manakala mutiara berbentuk separuh bulat memerlukan masa sepuluh hingga dua belas bulan. Dalam jangkamasa tersebut, mutiara berbentuk separuh bulat boleh mencapai garispusat 15-20mm.


Pasaran Mutiara yang dikultur oleh Syarikat Pearls ini diekspot ke negara Jepun dalam bentuk belum diproses. Mutiara ini kemudiannya diproses di Jepun dan akan dipasarkan di Jepun atau diekspot keluar negeri.


Perbezaan Mutiara Kultur Dan Mutiara Semulajadi


Banyak spekulasi yang timbul berkenaan keaslian mutiara yang dikultur pada

awal tahun 1900an. Mutiara yang dikultur sesungguhnya adalah tulin sepertimana mutiara semulajadi. Perbezaan yang mungkin dapat dilihat pada mutiara semulajadi ialah rupa bentuk nukleus mutiara yang wujud. Pada mutiara semulajadi, praktikel pasir, telur parasit dan bahan-bahan lain akan membentuk neukleus di tengah-tengah. Sementara itu, pada mutiara yang dikultur, nukleus tiruan yang terdiri daripada kulit asal (bivalve) dimasukkan untuk menjadikan mutiara. Amnya, kedua-dua proses pembentukan mutiara ini adalah serupa. Dengan kata lain, nukleus perlu untuk mendapatkan mutiara samada dilakukan oleh manusia ataupun secara semulajadi untuk membentuk lapisan “nacre” yang seterusnya akan membentuk mutiara yang amat bernilai.


Cara Mengenal Mutiara Yang Baik


Kriteria yang penting dalam menilai mutiara ialah kehalusan pada permukaannya.

Kecacatan mutiara sukar ditentukan, tetapi ianya boleh ditentukan melalui tanda / bintik ataupun lekuk yang kelihatan. Untuk mengenal kecacatan mutiara, permukaannya bolehlah diusap dengan hujung jari. Sekiranya terdapat dua atau lebih bintik, mutiara tersebut adalah tidak berkilau, menarik dan di tambah dengan kilauan adalah baik untuk dibuat cincin.


Mutiara yang berat sudah tentu mempunyai lapisan “nacre dan dapat bertahan

lama, manakala lapisan yang nipis / halus hendaklah dielakkan. Mutiara yang mempunyai kecacatan yang sedikit boleh digunakan untuk kalung (rantai leher) tetapi ianya tidak sesuai untuk cincin. Harga mutiara adalah ditentukan oleh saiz- berbanding dengan kualiti. Contohnya harga “loose pearls’ bertambah bagi setiap milimeter garispusat. Dengan lain perkataan, harga mutiara bersaiz 7mm amat berbeza dengan 8mm.


Warna Mutiara


Warna mutiara yang biasa terdapat dipasaran ialah merah jambu, merah jambu susu,

putih kuning, keperakan, keemasan hijau, hitam, biru dan coklat. Pakar-pakar mutiara amnya menasihatkan agar pemilihan warna ini disesuaikan / padankan dengan warna kulit si pemakai.


Penjagaan Mutiara


Tanda-tanda yang kecil yang mencacatkan mutiara boleh dihilangkan dengan minyak

zaitun. Perhatian!! elakkan dari memakai mutiara anda semasa mandi, di dapur atau mencuci. Warna mutiara boleh berubah kerana mutiara terbentuk daripada kalsium karbonat. Elakkan juga daripada terkena minyak wangi / semburan yang mengandungi alkohol.


Dipetik daripada Mutiara Kultur – Khazanah Berharga Dari Perairan Malaysia, Bahagian Pengembangan & Latihan, Jabatan Perikanan Sabah, Julai 1992

Jom kenal-kenal Bentuk Mutiara

Ni adalah sebahagian daripada bentuk mutiara yang kebanyakannya didapati secara komersial terutama di sabah ni. Ada lagi bentuk yang lain, tetapi yang terdapat di bawah ni adalah yang lazimnya dijumpai di jual di sabah ini.

1. Mutiara Corn (Mutiara jagung)


2 - Mutiara beras ( Rice )

3- Mutiara Kentang (Potato )

Ketiga-tiga bentuk ini adalah yang biasanya diikat untuk dijadikan sama ada rantai mahupun gelang mutiara. Banyak lagi bentuk lain yang dihasilkan, bagaimanapun ia kurang digunakan dalam pembuatan aksesori mutiara.