FAKTA TENTANG MUTIARA :
Tiram merupakan, hidupan laut yang rupanya buruk merupakan anugerah Tuhan yang begitu berharga kerana di dalamnya terhasil mutiara yang menjadi buruan manusia. Kewujudan mutiara telah diketahui manusia sejak ribuan tahun Sebelum Masihi di India, China dan Parsi.
Mutiara yang terhasil secara semula jadi sukar ditemui kerana hanya satu daripada ribuan tiram di laut akan berkembang menjadi mutiara. Mutiara ini pula jarang memenuhi saiz, bentuk atau warna yang sama.
Sejak beberapa tahun lalu, pemakaian mutiara sebagai perhiasan mewah semakin popular di Malaysia. Harga mutiara asli (dasar laut) yang mahal memberi peluang kepada manusia bagi mencari satu kaedah agar semua orang boleh memakai mutiara, dalam masa yang agak singkat, dan dengan harga yang jauh lebih berpatutan. Justeru itu, terdapat beberapa syarikat yang telah mengambil inisiatif untuk menternak tiram (untuk penghasilan mutiara ) Mutiara daripada tiram yang diternak disebut sebagai mutiara air tawar (fresh water pearls) bagi tujuan komersial.
LAGI FAKTA : Bagaimana Mutiara Terhasil?
Proses Memasukkan Nukleus
[ Mutiara yang di ternak ]:
Sebelum nukleus boleh dimasukkan, induk tiram terlebih dahulu disuntik bagi menggalakkan pengeluaran telur. Kemudian bahagian lapisan “mantle lobe” (dikenali juga sebagai “piece” daripada moluska lain dipotong dan disediakan untuk dilekatkan pada lapisan kulit. Satu belahan perlu dibuat pada bahagian tisu lembut tiram menggunakan alat yang tajam (Contoh: Pisau pembedahan - “scalpel”). Kemudian “piece” tadi akan dimasukkan kedalam belahan ini bersama-sama nukleus.”Peice” akan membesar menjadi “pearl-sac” mengelilingi nukleus, membentuk satu lapisan nipis “nacreous”. Daripada permukaan “Pearl-Sac” bahan “nacreous” akan keluar dan seterusnya membentuk tiga hingga empat lapisan sehari dan proses ini akan menjadi lengkap dalam masa satu hingga dua tahun.
Untuk Mutiara yang terhasil secara Asli [ dasar Laut ] :
Hanya bendasing contoh : Butiran pasir , parasit, dsb, yang terperangkap di dalam bahagian tisu lembut tiram sahaja yang akan mewujudkan mutiara di dalam tiram. Kemudian “bendasing” akan membesar menjadi “pearl-sac” mengelilingi nukleus, membentuk satu lapisan nipis “nacreous”. Daripada permukaan “Pearl-Sac” bahan “nacreous” akan keluar dan seterusnya membentuk tiga hingga empat lapisan sehari dan proses ini akan menjadi lengkap dalam masa satu hingga dua tahun. Namun begitu, kebarangkalian agar tiram di masuki benda asing adalah sangat sedikit, justeru ini melonjakkan harga mutiara dari dasar laut berbanding mutiara yang di ternak [ kultur ].
Info Tambahan :
Terdapat satu lagi jenis mutiara, iaitu mutiara faux yang merupakan mutiara tiruan yang dibuat oleh manusia. Mutiara faux kebiasaannya disaluti dengan lapisan warna yang seakan-akan sama dengan mutiara asli. Selain itu, terdapat juga mutiara faux dalam warna-warna yang lebih menarik seperti merah tua, emas, biru, merah jambu dan ungu.
Lapisan warna ini tidak tahan lama dan mudah terkopek. Ini menjadikan harga mutiara faux murah.
Jumaat, 17 Julai 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan